Dalam
NATO dan kebanyakan negara barat lain,
infantri motoris atau
infantri bermotor adalah
infantri yang di angkut oleh
trak atau lain-lain kenderaan motor yang tiada perlindungan. Ia berbeza daripada
infantri mekanis, yang dibawa didalam
pengangkut anggota berperisai atau
kenderaan tempur infantri, dan daripada
infantri ringan, yang biasanya boleh beroperasi secara autonomi daripada elemen-elemen bantuan dan kenderaan untuk tempoh yang panjang dan mungkin angkutan udara.Di
Rusia dan bekas
Soviet Union, istilah motostrelki (
мотострелки dalam
Abjad Cyril) diguna untuk menunjukkan infantri mekanis; dan semasa
Perang Korea penggunaan ini wujud dalam semua negara-negara
Pakatan Warsaw.Infantri motoris adalah langkah pertama kearah
penjenteraan sesebuah tentera darat.
Trak awam telah sedia disesuaikan dengan kegunaan tentera mengangkut askar, menunda meriam, dan membawa peralatan dan bekalan. Ini akan meningkatkan mobiliti strategik unit-unit infantri, yang mana jika tidak bergantung pada
berjalan kaki atau
keretapi. Pada praktiknya, tentera darat mendapat faedah dengan membangunkan lori-lori kepada spesifikasi tentera, seperti pacuan semua roda, supaya kenderaan tersebut dapat berfungsi dengan baik didalam keadaan cuaca dan rupa bumi yang melampau.Motorisasi tidak menyediakan kelebihan taktikal langsung dalam unit tempur kecil, kerana
trak dan
jip terdedah kepada tembakan
artileri dan
senjata kecil. Walau bagaimanapun, didalam pertempuran yang lebih besar, infantri motoris mempunyai kelebihan mobiliti yang membolehkan mereka berpindah ke sektor kritikal medan tempur dengan lebih cepat, membolehkan tindak balas lebih baik terhadap pergerakan musuh, serta keupayaan untuk meneutralkan pihak musuh.Kelemahan motorisasi ialah formasi tersebut memerlukan banyak kenderaan dan bekalan
bahan api menjadi keutamaan.Pihak British mencipta
Pasukan Eksperimen Mekanis antara zaman perang bagi menguji keupayaan semua cabang formasi unit mekanis, ini termasuklah infantri motoris ("Batalion Motor").Kelebihan infantri motoris yang laju mula menjadi penting pada Perang Dunia II didalam
Blitzkrieg Jerman. Walaupun infantri biasa tidak lagi kuat berjalan kaki, kepantasannya menjadi penentu dalam strategi Blitzkrieg kerana ia dapat mengekori pasukan
panzer dan mempertahankan
bahagian rusuk. Walau apapun kelebihan motorisasi, kebanyakan negara hanya memilih motorisasi separa infantri kerana kos dan implikasi logistik yang disebabkan oleh penggunaan banyak kenderaan.[
petikan diperlukan]. Bahkan tentera darat yang besar turut terkesan dengan faktor ini. Sebahagian besar infantri Jerman dan Soviet masih kekal berjalan kaki, manakala divisyen infantri A.S. boleh, jika perlu, menghantar aktiviti-aktiviti trak untuk motorisasi sebuah rejimen infantri. Begitu juga, divisyen infantri UK dan Empayarnya boleh motorisasi unit-unit bawahan yang terpilih, tetapi gerakan infantri dengan berjalan kaki tetap diutamakan.Pada masa ini selepas
Perang Dingin, motorisasi infantri menjadi lebih popular semenjak
operasi kemanusiaan lebih tersebar dengan tentera yang bertindak sebagai unit separa polis. Terdapat juga trend untuk infantri motoris
menambah perisai disebabkan situasi
pemberontakan dan
terrorisme di
Iraq pasca perang.